Wednesday, June 3, 2009

Lagi Susu Ibu

Kebaikan Susu Ibu

1. susu ibu mengelak jaundis
2. menyusu bayi secara ekskusif selama 6 bulan pertama (tidak diselangseli dengan susu botol) akan melambatkan haid, iaitu salah satu cara untuk merancang keluarga
3. mengandungi DHA, antibodi iaitu kolostrum yang berwarna pekat kekuningan yang mana ianya sangat elok untuk bayi
4. menyusu bayi dapat mengecutkan sel/otot rahim dengan lebih cepat
5. menyusu bayi pada waktu malam dengan lebih kerap memandangkan ia mengandungi prolaktin yang tinggi
6. setiap hari kandungan susu ibu berlainan untuk bayi

Teknik Peyusuan


Bagi ibu-ibu hamil atau yang baru sahaja melahirkan anak, perlu tahu cara-cara untuk menyusu bayi ibu-ibu yang ingin menyusukan sendiri bayi mereka. Sebagaimana yang kita ketahui dan sentiasa diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan saranan dan mengesyorkan susu ibu untuk bayi yang baru lahir kerana khasiatnya. Di samping kandungan susu ibu yang berlainan setiap hari, melalui penyusuan juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak serta memberi dorongan emosi kepada ibu yang baru sahaja melepasi saat-saat getir sepanjang proses kelahiran.


Walau bagaimanapun, penyusuan bayi sebenarnya mempunyai tekniknya sendiri. Maklumat ini diperolehi dari ceramah kesihatan di Poliklinik yang saya hadiri sebelum ini.



  • bagi ibu yang mempunyai anak kembar, menyusulah bersama kedua-duanya di mana di sebelah kiri seorang dan di sebelah kanan seorang.


  • pegang payudara dengan jari-jari ibu membuat bentuk 'c', pegang (support) bawahnya dan picit payudara (press)


  • tunggu mulut bayi terbuka luas barulah masukkan kawasan hitam payudara yang dipanggil aerola


  • dagu bayi haruslah mencecah payudara


  • jika caranya sesuai maka ibu akan dapati pipi bayi kelihatan penuh atau bulat


  • ibu akan dapat mendengar bayi menghisap dan menelan susu

Bagi ibu-ibu berkerjaya pula, setelah habis waktu berpantang mungkin agak sukar untuk menyesuaikan dengan keadaan baru setelah kembali bekerja untuk menyusu bayi. Ibu berkerjaya boleh aturkan satu jadual penyusuan.



  • untuk sarapan (pagi) lebih kurang pukul 8.00 pagi dan seterusnya setiap 4 jam berikutnya.

  • susu ibu boleh tahan sehingga 4 jam dalam suhu bilik

  • jika disimpan dalam peti ais, boleh tahan sehingga 3 hari

  • jika simpan dalam freezer (beku) boleh tahan sehingga 3 bulan

  • untuk cairkan yang telah beku rendam bekas yang mengandungi susu tersebut dalam air panas

Walaupun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapat kepastian dari yang lebih pakar. Ikutilah kelas-kelas kesihatan yang sentiasa dibuat di klinik-klinik kesihatan. Dengan ini, ibu-ibu akan lebih yakin dengan diri sendiri dan rasa lebih seronok menyusu bayi.


Wednesday, May 13, 2009

Ibu, kini baru kutahu...

Duhai ibu,
kutitipkan bingkisan sepi ini untuk dirimu yang jauh dari pandangan pancainderaku, dengan iringan doa agar dirimu sentiasa di bawah rahmat Yang Esa.
Duhai ibu,
ketahuilah kini baru kutahu kesukaran dan kesusahan selama sembilan bulan yang kau alami saat diriku dalam kandunganmu..
Kini baru kutahu, kesakitan dan kepedihan yang kau rasai saat aku kaulahirkan di muka bumi ini...
Kini baru kutahu, ketabahan dan kegigihan dirimu membesarkan, mendidik dan melayan kerenah diriku dari dulu hingga kini...
Duhai ibu,
Ketahuilah kini baru kutahu besarnya pengorbananmu, tingginya budimu, beratnya dugaanmu ibu mengolah duniamu untuk kami anak-anakmu.
Duhai ibu,
kini semua itu baru kutahu setelah aku melalui semua itu dan melahirkan cucumu ke dunia ini..
Selamat hari ibu... dari anakmu

panduanibu.com


Alhamdulillah, akhirnya dengan semangat yang kadang kala turun naik macam air pasang surut siap juga projek saya yang dah teramat lama dipendamkan. Iyalah, banyak batul cabaran dan dugaan untuk menyiapkan minisite panduanibu.com kerana segala-galanya saya usahakan sendiri dek kerana bajet yang tidak seberapa.


Walaupun masih lagi yang perlu diubah suai, tetapi projek itu boleh dikatakan hampir siap dan boleh berjalan sedikit demi sedikit. Bak kata pakar-pakar internet, anda tak akan berjaya selagi tak bermula, nak tunggu complete sepenuhnya... alahai tak tercapai la lagi hakat ini.


Panduaibu.com saya hasilkan khas untuk para ibu lebih-lebih lagi kepada bakal-bakal ibu yang sedang menantikan cahayamata pertama, semoga dengan informasi asas yang saya tampilkan melalui ebook itu akan memberi manfaat dan membantu serba sedikit dalam membuat persediaan menghadapai kelahiran dan juga selepas bersalin.


Pada masa yang sama, bertitik tolak dengan situasi saya juga suatu ketika dahulu, yang amat dahagakan informasi atau maklumat berkenaan dengan saat kelahiran dan juga dalam tempoh mengandung yang amat sukar untuk mendapat informasi tersebut, menyebabkan saya terfikir banyak kali untuk mencipta satu ebook ini. Berdasarkan pengalaman sendiri, kawan-kawan dan juga orang-orang yang lebih berpengalaman serta buku-buku rujukanlah, buku ini dapat disiapkan.


Untuk ibu-ibu yang telah mempunyai pengalaman luas yang mungkin telah mempunyai beberapa orang anak juga boleh memanfaatkan buku ini sebagai tambahan ilmu untuk saat mengandung yang seterusnya. Saya juga amat mengharapkan agar ada komen-komen yang bernas dan sihat untuk ebook tersebut. Maklumlah, saya juga manusia yang punyai banyak kelemahan.


Wahai, ibu, bakal ibu, ibu hamil atau ibu mengandung, bapa-bapa... terimalah ebook ini untuk santapan hati semua. Layari http://www.panduanibu.com/ untuk mendapatkan info percuma sebelum memiliki ebook tersebut.

Wednesday, January 7, 2009

Tak cadang haram botol air polikarbonat

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak bercadang mengharamkan penggunaan botol air daripada polikarbonat yang didakwa boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada kesihatan termasuk kanser payu dara. Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Nooraini Mohd Othman, ia sama seperti langkah negara luar termasuk Kesatuan Eropah kerana penilaian risiko tidak ketara. "Kementerian sudah menjalankan pemantauan dari aspek kandungan Bishenol A (BPA) dalam plastik dan pembungkus makanan sejak 2001 yang meliputi kajian kandungan BPA dalam botol susu bayi.
"Kajian migrasi BPA dan kandungan BPA dalam botol air turut dijalankan. Hasil pemantauan didapati kadar migrasi dan kandungan BPA adalah pada paras amat rendah dan tidak mendatangkan risiko kesihatan," katanya dalam kenyataan semalam.

Monday, January 5, 2009

bayi terselamat dalam nahas

KOTA BHARU: Bayi 18 bulan yang terselamat dalam nahas jalan raya di Gua Musang yang mengorbankan 10 nyawa pada Jumaat lalu, masih belum mengetahui mengenai kematian ibu dan tiga saudaranya dalam tragedi itu. Sejak kejadian itu, mangsa, Noraihah Nabila Abdul Rahim, yang kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sering memanggil ibunya, Hasliza Mat Zin, 32, terutama sewaktu tidur. Bapanya, Abdul Rahim Jaafar, berkata anak bongsunya itu kini masih dalam rawatan rapi kerana baru selesai menjalani pembedahan paha kanan yang patah menyebabkan beliau berasa keadaan belum mengizinkan untuknya menceritakan keadaan sebenar kepada Noraihah Nabila.
"Malam tadi (kelmarin), ketika saya menemaninya di hospital, dia tidur nyenyak tetapi sering memanggil ibunya yang disebut mama," katanya ketika ditemui di HRPZII, semalam. Abdul Rahim berkata, beliau berdoa agar Noraihah Nabila segera sembuh kerana itulah satu-satunya anak yang masih hidup. "Saya akan berusaha membesarkan Noraihah Nabila walau apa pun yang terjadi dan tidak sesekali menyerahkannya untuk dijaga orang lain," katanya sambil menahan rasa sedih.
Kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, Jumaat lalu itu, mengorbankan 10 mangsa termasuk Hasliza bersama tiga anaknya, Mohd Rahizal Yusua Abdul Rahim, 12; Nor Rashidah, 10, serta Shaha, 6. Ketika kejadian, Hasliza dalam perjalanan menghantar Mohd Rahizal Yusua kembali ke asrama. Sementara itu, Noraihah Nabila semalam, selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa hampir empat jam mulai jam 12.30 tengah hari, bagi membetulkan tulang paha kanannya yang patah.

Friday, January 2, 2009

bayi tahun baru

255 'bayi tahun baru' seluruh negara

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 255 bayi dilahirkan di seluruh negara sempena kedatangan tahun baru 2009 bermula jam 12 tengah malam semalam. Di KUALA LUMPUR, seramai 49 bayi dilahirkan di beberapa hospital sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh berkenaan. Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan 32 kelahiran bayi, masing-masing 16 lelaki dan 16 perempuan. Hospital Selayang menyaksikan kelahiran lapan bayi; Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) (dua); dan masing-masing seorang bayi di Pusat Perubatan Pantai (PMC) Bangsar dan PMC Cheras.
Hospital Pakar Ampang Puteri menyambut kelahiran tiga bayi, manakala Hospital Assunta menerima kelahiran seorang bayi seberat 2.78 kg pada 3.45 pagi. Di SHAH ALAM, seramai 33 bayi dilahirkan iaitu 12 bayi perempuan dan 11 bayi lelaki dilahirkan di beberapa hospital sekitar Selangor, antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 petang semalam. Di KUANTAN, tujuh bayi selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Rozana Razali, 25, dari Jalan Mat Kilau yang juga seorang jururawat di HTAA melahirkan anak sulungnya seberat 3.1 kg di hospital itu pada 12.01 pagi semalam.
Di MELAKA, tiga hospital utama di negeri ini mencatatkan 24 kelahiran bayi. Di Hospital Melaka (HM), seramai 21 bayi, termasuk 11 lelaki dilahirkan. Selain itu, seorang bayi lelaki dan perempuan dilahirkan di Hospital Pantai Ayer Keroh, manakala seorang bayi lelaki dilahirkan di Hospital Pakar Putra. Di SEREMBAN, sehingga jam 3.30 petang semalam, sembilan bayi dilahirkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) iaitu lapan lelaki dan seorang perempuan dengan bayi pertama dilahirkan pada jam 3.36 pagi. Di GEORGETOWN, 15 bayi, 10 lelaki dan lima perempuan dilahirkan dengan kelahiran pertama pada jam 12.01 pagi, semalam. Di Hospital Seberang Jaya, enam bayi lelaki dilahirkan dengan berat antara 2.5 kilogram hingga 3.5 kg. Jumlah kelahiran sama turut dicatatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) iaitu empat lelaki dan dua perempuan. Sementara itu, tiga hospital iaitu Hospital Balik Pulau (HBP), Hospital Pantai Mutiara, Bayan Lepas dan Hospital Bukit Mertajam pula masing-masing mencatat satu kelahiran.
Di ALOR STAR, seramai 39 bayi, termasuk sepasang bayi kembar berlainan jantina dilahirkan. Di IPOH, seramai 15 bayi dilahirkan di dua hospital iaitu 12 orang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan selebihnya di Hospital Pakar Ipoh. Di KANGAR, 12 bayi dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam, iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan. Di KUCHING, seramai 19 bayi, 13 lelaki dan enam perempuan dilahirkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini. Di KOTA KINABALU, 33 bayi tahun baru dilahirkan di tiga hospital utama di seluruh Sabah masing-masing 16 lelaki dan 17 perempuan.