Thursday, October 9, 2008

ketulusan wajahmu

Aku merenung wajah bersih sicomel yang baru lena di dalam pelukanku. Seketika, air jernih menjurus laju membasahi pipi. Tak sanggup rasanya berjauhan dengannya dan tak sampai hati rasanya untuk meninggalkan dia dengan orang lain walaupun neneknya sendiri. Seawal 6.45 pagi kutinggalkan dan kupeluk lagi tubuh kecilnya jam 8 malam (itupun kalau bernasib baik). Oh Tuhan hanya 3 jam lebih sahaja aku sempat bersamanya sehari-hari. Betapa pedihnya kurasakan... Hanya DIA Yang Maha Mengetahui...