Pemeriksaan ketika janin dapati tidak bawa genetik BRCA 1LONDON: Seorang bayi perempuan yang bakal lahir minggu depan, akan menjadi bayi pertama Britain bebas daripada genetik barah payu dara. Media tempatan melaporkan semalam, bayi berkenaan melalui proses pemeriksaan ketat dan seawalnya termasuk ketika janin lagi bagi memastikannya tidak membawa genetik BRCA 1 yang mewariskan risiko barah payu dara selama beberapa generasi.
Anak perempuan yang dilahirkan dengan gen berkenaan mempunyai peluang sebanyak 50 hingga 85 peratus menghidap barah payu dara. Pada Jun lalu, ibunya yang berusia 27 tahun, memaklumkan keputusannya menjalani pemeriksaan saringan awal selepas melihat sendiri bagaimana semua saudara mara perempuan suaminya mengidap barah yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia. "Ketika itu, kami berasakan jika ada peluang untuk melenyapkan risiko barah itu di kalangan anak-anak, maka itulah pilihan yang akan kami lakukan," kata bakal ibu yang mahukan identitinya dirahsiakan.
Kaedah perubatan dikenali Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD) sudah dilaksanakan secara meluas di Britain bagi membebaskan bayi daripada penyakit keturunan seperti Huntington. Namun barah payu dara dianggap berbeza kerana ia tidak semestinya dihidapi seawal peringkat bayi atau mungkin berlaku pada usia lewat. Malah, ada kemungkinan ia boleh dirawat dan pulih jika dikesan seawal mungkin. Sebarang permohonan untuk melakukan teknik PGD bagi barah payu dara perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Embriologi dan Kesuburan di London yang juga klinik melakukan prosedur berkenaan.
Agensi itu memberi kelulusan selepas mendapatkan rundingan awam. Sementara itu Pengurus Dasar Persatuan Teknologi Perubatan Barah Payu Dara Britain, Dr Sarah Cant menyifatkan keputusan pemeriksaan janin bagi mengesan penyakit itu, sememangnya satu isu kompleks dan amat peribadi. "Wanita yang mempunyai sejarah barah payu dara akan memberikan alasan yang mungkin tidak sesuai bagi individu lainnya. Oleh itu, penting bagi mereka terbabit mendapat maklumat sewajarnya dan tepat selain sokongan bagi memastikan mereka membuat keputusan yang betul." Agensi