Tuesday, December 30, 2008

bayi nyaris dirempuh

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 17 bulan nyaris dirempuh kereta yang terbabas dan merempuh kedai kopi neneknya di Batu 8, Kampung Kadok, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kereta Proton Saga yang dinaiki empat lelaki tiba-tiba hilang kawalan merempuh meja makan dan berhenti di depan bayi berkenaan yang ketika itu duduk di lantai. Kereta yang dipercayai dipandu laju itu turut merempuh sebuah motosikal dan penahan konkrit di depan kedai kopi terbabit. Bagaimanapun lima pelanggan yang sedang menjamu selera tidak terkena rempuhan itu.
Ketika kejadian, bayi berkenaan, Mohd Fakri Mohd Faudzi, sedang bermain, manakala ibunya, Nor Aini Mohamed, 40, sibuk membersihkan meja di kedai kopi milik ibunya, Che Bidah Mohamad, 75. Nor Aini berkata, beliau terdengar bunyi brek dan tiba-tiba sebuah kereta memasuki kedai kopi terbabit tetapi berhenti selepas melanggar tiang konkrit dan meja pelanggan yang kosong di dalam kedai. "Saya melihat kereta itu berhenti di depan Mohd Fakri dan tayar depannya hanya beberapa inci dari muka anak saya," katanya di tempat kejadian, semalam.
Suami Nor Aini, Mohd Faudzi Yakub, 47, berkata beliau kini bingung memikirkan kedai yang diusahakan bersama isteri dan mentuanya lebih 30 tahun itu rosak teruk dan mereka sekeluarga mungkin hilang mata pencarian.

Wednesday, December 24, 2008

year old baby raped

NST online

BUTTERWORTH: Police have detained two suspects for raping a year-old toddler.
Seberang Prai Utara district deputy police chief Superintendent Mohd Shukri Awang said the two suspects, aged 30 and 16, were neighbours of the victim. They were picked up on Saturday night.Shukri said the child's mother, a 32-year-old sales promoter, only found out that her daughter had been raped when she took the girl to the Seberang Jaya Hospital after returning home from work at 11pm on Friday. Relating the incident, the woman said her mother had picked up the baby from a babysitter's house, about 50 metres away, at 6pm."My mother told me that my daughter was bleeding from her private part and I took her to hospital.
"There was a deep wound and the doctors told me that she had been raped. They had to stitch to close the wound."I do not know who was responsible for doing such a cruel act to my daughter. They must be animals."

Monday, December 22, 2008

bayi pertama bebas gen kanser payudara

Pemeriksaan ketika janin dapati tidak bawa genetik BRCA 1LONDON: Seorang bayi perempuan yang bakal lahir minggu depan, akan menjadi bayi pertama Britain bebas daripada genetik barah payu dara. Media tempatan melaporkan semalam, bayi berkenaan melalui proses pemeriksaan ketat dan seawalnya termasuk ketika janin lagi bagi memastikannya tidak membawa genetik BRCA 1 yang mewariskan risiko barah payu dara selama beberapa generasi.
Anak perempuan yang dilahirkan dengan gen berkenaan mempunyai peluang sebanyak 50 hingga 85 peratus menghidap barah payu dara. Pada Jun lalu, ibunya yang berusia 27 tahun, memaklumkan keputusannya menjalani pemeriksaan saringan awal selepas melihat sendiri bagaimana semua saudara mara perempuan suaminya mengidap barah yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia. "Ketika itu, kami berasakan jika ada peluang untuk melenyapkan risiko barah itu di kalangan anak-anak, maka itulah pilihan yang akan kami lakukan," kata bakal ibu yang mahukan identitinya dirahsiakan.
Kaedah perubatan dikenali Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD) sudah dilaksanakan secara meluas di Britain bagi membebaskan bayi daripada penyakit keturunan seperti Huntington. Namun barah payu dara dianggap berbeza kerana ia tidak semestinya dihidapi seawal peringkat bayi atau mungkin berlaku pada usia lewat. Malah, ada kemungkinan ia boleh dirawat dan pulih jika dikesan seawal mungkin. Sebarang permohonan untuk melakukan teknik PGD bagi barah payu dara perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Embriologi dan Kesuburan di London yang juga klinik melakukan prosedur berkenaan.
Agensi itu memberi kelulusan selepas mendapatkan rundingan awam. Sementara itu Pengurus Dasar Persatuan Teknologi Perubatan Barah Payu Dara Britain, Dr Sarah Cant menyifatkan keputusan pemeriksaan janin bagi mengesan penyakit itu, sememangnya satu isu kompleks dan amat peribadi. "Wanita yang mempunyai sejarah barah payu dara akan memberikan alasan yang mungkin tidak sesuai bagi individu lainnya. Oleh itu, penting bagi mereka terbabit mendapat maklumat sewajarnya dan tepat selain sokongan bagi memastikan mereka membuat keputusan yang betul." – Agensi

Monday, December 15, 2008

Bayi dibuang di tandas awam

BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.
CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam. Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi. “Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar. “Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.
Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan. Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

Wednesday, December 10, 2008

Ibu bekerja dan anak

Ramai antara ibu-ibu sekarang bekerja dan menghantar anak-anak ke nurseri atau jiran untuk menjaga anak sewaktu ibu-ibu bekerja. Dengan itu, waktu kita bersama-sama mereka agak terhad dan terbatas. Maklumlah ada yang bekerja sehingga malam dan kalau petang sekalipun ada yang sampai ke rumah pukul 7 barulah kita bertemu kembali dengan anak-anak.
Seterusnya esok pagi kita akan menghantarnya kembali ke nurseri tersebut. Kadang-kadang kita akan nampak kerisauan atau tanda-tanda tidak gembira di wajah anak tapi itulah lumrah yang perlu kita lakukan untuk mencari rezeki. Jika kita mengira jam kita bersam-sama mereka hanyalah beberapa jam sahaja di waktu malam sebelum mereka melelapkan mata. Itu mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita setiap hari sehingga kadang-kadang kita sudah terlupa dengan itu semua. Tetapi, kita harus ingat betapa perhatian dan kasih sayang amat mereka perlukan. Di hari minggu misalnya, kita penuhkanlah dengan aktiviti bersama mereka agar kegembiraan dan keceriaan mereka terserlah. Sesungguhnya saat-saat kecil begini anak-anak amat memerlukan belaian dan perhatian kita sebagai seorang ibu dan bapa. jangan pula nanti bila dewasa, dia akan mengabaikan kita sebagai orang tua...

Thursday, December 4, 2008

bayi hilang dalam kandungan

bhnew@bharian.com.my
4/12/2008

ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung. Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam . Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu.
Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga. “Kerana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini. Nurul Shuhada yang menetap di Kuala Lumpur untuk bersalin di rumah ibunya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini sempat membuat rawatan terakhir di Klinik Kuala Muda dua minggu lalu sebelum diarahkan merujuk ke HSB, semalam.
Beliau berkata, sebelum kejadian, dia tidak berasa sebarang perubahan cuma mengalami lenguh pada anggota badan selain perutnya memulas. “Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih berada di tepi badan saya seolah-olah seperti sedang menyusu dan objek itu sentiasa mengusap badan saya. Mimpi itu terjadi selama tiga malam berturut-turut selepas itu saya mengalami demam panas,” katanya. Sementara itu, Mohd Fazli yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin selepas dimaklumkan berita itu oleh isterinya, masih terkejut dan menganggap ia sebagai dugaan Allah kepada mereka berdua.