Friday, October 24, 2008

Amalan Ibu Mengandung


AMALAN-AMALAN SEMASA MENGANDUNG

Sebagai seorang bakal ibu, sudah pasti kita mengimpikan untuk dikurniakan zuriat yang sihat tubuh badan, yang bijak serta cantik paras rupanya. Untuk itu, kita perlu rajin beramal dan berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita anak yang sempurna lahir dan batin serta berdoalah agar proses kelahiran nanti berjalan lancar dan diselamatkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mintalah maaf dari suami kita dan juga ibubapa dan minta mereka mendoakan kita.

Di samping itu, selalulah membaca surah-surah pilihan ketika mengandung iaitu surah yusoff, surah maryam, surah luqman, surah yaasin dan surah taubah. Semoga kita akan dikurniakan bayi yang comel, suci dan soleh serta bijak dan beradab sopan serta sempurna fizikal dan mental, insyaAllah.

Kita perlu ingat bahawa kita hanyalah menrancang dan mampu berdoa, tapi segala-galanya adalah dari DIA jua. Sematkan kesabaran dan juga ketabahan dalam diri kita kerana sepanjang proses hamil hingga kelahiran, banyak dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi oleh ibu mengandung. Kerana itulah syurga itu di bawah tapak kaki ibu, kerana besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup membawa kandungan sehingga sembilan bulan dengan bersusah payah. Dan kemudiannya menanggung kesakitan semasa melahirkan.

Sesungguhnya, kesakitan yang di alami nanti semasa kelahiran akan terhapus dosa-dosa kita yang lalu dan ibu diibaratkan seperti kain putih. Akan lenyap kesakitan itu setelah kita mendengar tangisan dan merenung zuriat dan wajah kecil yang begitu tulus. Itulah zuriat kita dan benih cinta kita bersama suami.
Percayalah, betapa indahnya kenangan menjadi seorang ibu. Anda akan merasai semua itu setelah melalui proses kelahiran kelak. Syabas dan sejambak kasih untuk ibu-ibu yang berani seperti anda.

Masalah ketika hamil


keputihan - biasanya akan dialami oleh ibu mengandung. Sekiranya terlalu teruk sehingga berbau, buatlah pemeriksaan doctor.
sembelit - untuk mengelakkan lebih teruk, selalulah mengamalkan air suam dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran
pedih ulu hati - anda perlu makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap untuk mengelakkan gejala ini.
loya dan muntah - perlu diingatkan juga dengan mengambil air suam dan elakkan dari perut kosong akan mengurangkan loya dan muntah. Sediakan snek agar perut anda tidak kosong.
sakir pinggang dan belakang- kerana perubahan yang makin ketara maka, anda akan mengalaminya. Berehatlah secukupnya dan tidur dalam posisi yang betul
kaki kejang - kebiasaannya akan berlaku ketika bangun dari tidur. Jangan terlalu bergerak dengan pantas semasa bangun dari tidur. Minumlah susu yang dikhaskan untuk ibu mengamdung. Jangan lupa untuk mengambil ubat yang diberi oleh doktor.
bengkak kaki - kebiasaan berlaku apabila berat badan anda bertambah. Sentiasalah baring atau duduk dengan keadaan posisi kaki juga tinggi.
letih - dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
pendarahan dan juga komplikasi- dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. Jangan dibiarkan kerana ia boleh membahayakan diri anda dan bayi.
sukar tidur - cuba bertenang dan fikirkan yang indah-indah.
sensitif - jangan terlalu mengikut perasaan dan hati. Sentiasalah beristighfar.
kerap buang air