KOTA BHARU: Bayi 18 bulan yang terselamat dalam nahas jalan raya di Gua Musang yang mengorbankan 10 nyawa pada Jumaat lalu, masih belum mengetahui mengenai kematian ibu dan tiga saudaranya dalam tragedi itu. Sejak kejadian itu, mangsa, Noraihah Nabila Abdul Rahim, yang kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sering memanggil ibunya, Hasliza Mat Zin, 32, terutama sewaktu tidur. Bapanya, Abdul Rahim Jaafar, berkata anak bongsunya itu kini masih dalam rawatan rapi kerana baru selesai menjalani pembedahan paha kanan yang patah menyebabkan beliau berasa keadaan belum mengizinkan untuknya menceritakan keadaan sebenar kepada Noraihah Nabila.
"Malam tadi (kelmarin), ketika saya menemaninya di hospital, dia tidur nyenyak tetapi sering memanggil ibunya yang disebut mama," katanya ketika ditemui di HRPZII, semalam. Abdul Rahim berkata, beliau berdoa agar Noraihah Nabila segera sembuh kerana itulah satu-satunya anak yang masih hidup. "Saya akan berusaha membesarkan Noraihah Nabila walau apa pun yang terjadi dan tidak sesekali menyerahkannya untuk dijaga orang lain," katanya sambil menahan rasa sedih.
Kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, Jumaat lalu itu, mengorbankan 10 mangsa termasuk Hasliza bersama tiga anaknya, Mohd Rahizal Yusua Abdul Rahim, 12; Nor Rashidah, 10, serta Shaha, 6. Ketika kejadian, Hasliza dalam perjalanan menghantar Mohd Rahizal Yusua kembali ke asrama. Sementara itu, Noraihah Nabila semalam, selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa hampir empat jam mulai jam 12.30 tengah hari, bagi membetulkan tulang paha kanannya yang patah.

No comments:
Post a Comment