Wednesday, June 3, 2009

Teknik Peyusuan


Bagi ibu-ibu hamil atau yang baru sahaja melahirkan anak, perlu tahu cara-cara untuk menyusu bayi ibu-ibu yang ingin menyusukan sendiri bayi mereka. Sebagaimana yang kita ketahui dan sentiasa diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan saranan dan mengesyorkan susu ibu untuk bayi yang baru lahir kerana khasiatnya. Di samping kandungan susu ibu yang berlainan setiap hari, melalui penyusuan juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak serta memberi dorongan emosi kepada ibu yang baru sahaja melepasi saat-saat getir sepanjang proses kelahiran.


Walau bagaimanapun, penyusuan bayi sebenarnya mempunyai tekniknya sendiri. Maklumat ini diperolehi dari ceramah kesihatan di Poliklinik yang saya hadiri sebelum ini.



  • bagi ibu yang mempunyai anak kembar, menyusulah bersama kedua-duanya di mana di sebelah kiri seorang dan di sebelah kanan seorang.


  • pegang payudara dengan jari-jari ibu membuat bentuk 'c', pegang (support) bawahnya dan picit payudara (press)


  • tunggu mulut bayi terbuka luas barulah masukkan kawasan hitam payudara yang dipanggil aerola


  • dagu bayi haruslah mencecah payudara


  • jika caranya sesuai maka ibu akan dapati pipi bayi kelihatan penuh atau bulat


  • ibu akan dapat mendengar bayi menghisap dan menelan susu

Bagi ibu-ibu berkerjaya pula, setelah habis waktu berpantang mungkin agak sukar untuk menyesuaikan dengan keadaan baru setelah kembali bekerja untuk menyusu bayi. Ibu berkerjaya boleh aturkan satu jadual penyusuan.



  • untuk sarapan (pagi) lebih kurang pukul 8.00 pagi dan seterusnya setiap 4 jam berikutnya.

  • susu ibu boleh tahan sehingga 4 jam dalam suhu bilik

  • jika disimpan dalam peti ais, boleh tahan sehingga 3 hari

  • jika simpan dalam freezer (beku) boleh tahan sehingga 3 bulan

  • untuk cairkan yang telah beku rendam bekas yang mengandungi susu tersebut dalam air panas

Walaupun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapat kepastian dari yang lebih pakar. Ikutilah kelas-kelas kesihatan yang sentiasa dibuat di klinik-klinik kesihatan. Dengan ini, ibu-ibu akan lebih yakin dengan diri sendiri dan rasa lebih seronok menyusu bayi.


No comments: