Tuesday, October 21, 2008

keperluan bayi



APA YANG PERLU DISEDIAKAN?

Ada yang lebih suka membeli barang-barang keperluan sekaligus ketika kandungan sudah sarat seperti 7 dan 8 bulan tetapi ada juga yang berpendapat membeli sedikit demi sedikit lebih baik kerana keadaan kewangan yang terhad dan juga lebih selesa kerana keadaan pada masa itu lebih cergas dan tidak letih untuk membeli belah. Pilihan di tangan anda. Tetapi saya ingin senaraikan di sini apa yang perlu disediakan oleh para ibubapa untuk menyambut kedatangan orang baru. Kebiasaan ibu-ibu amat teruja dan sungguh seronok ketika membeli belah untuk bayi mereka yang bakal lahir tetapi perlu diingatkan supaya tidak terlalu membazir, cukuplah sekadar yang termampu oleh pasangan masing-masing.

Barangan Bayi:

01. baju harian - 7 pasang (sama ada berlengan pendek atau panjang)
02. baju tidur - 7 pasang (berlengan panjang)
03. selimut - 2 helai (1 helai yang berhud untuk keluar)
04. topi - 2 helai
05. sarung tangan - 7 pasang
06. sarung kaki - 7 pasang
07. kain lampin - 1 dozen (atau lebih sekiranya ingin menggunakannya sebagai lampin bayi)
08. Lampin pakai buang - 1 pek
09. tuala - 2 helai
10. tuala kecil - 7 helai
11. barut perut - 7 helai (pilih yang bersesuaian, ada yang tampal dan ada juga yang bertali)
12. kelambu - penting untuk mengelak bayi dari terkena gigitan seranggan dan elakkan dari barang-barang yang terjatuh.
13. tikar getah
14. tilam - (biasanya telah dijual satu set dengan bantal)
15. barang mandian - (toiletries) seperti mandian bayi, losyen, minyak Johnson, bedak badan, bedak berubat, cotton bud, minyak yuyi/talon)
16. sepit kuku
17. tisu basah - penting untuk membersihkan bayi anda
18. botol susu - sekiranya ingin diselangseli dengan susu badan
19. bakul baju & barang -kebiasaannya bagi bayi, masih terlalu awal utk memuatkan bajunya di dalam almari, maka untuk lebih memudahkan biasanya ibu-ibu digalakkan membeli bakul yang sesuai
20. sabun untuk basuhan pakaian bayi agar lebih sesuai dengan kulit bayi
21. susu tepung yang sesuai (sediakan tin/pek yang kecil dahulu kerana bayi perlu sesuaikan dahulu)
22. puting - (mungkin diperlukan kerana sesetengah bayi suka puting di mulutnya)
23. termos/flusk - diperlukan sekiranya bayi menyusu botol agar senang untuk menyediakan susu
24. katil bayi

*barang-barang di atas hanyalah sebagai panduan kepada ibu-ibu. Ada yang perlu lebih banyak lagi bilangannya dan ada juga yang hanya memelukan sedikit kerana kebiasaan bagi kawan-kawan dan keluarga akan melawat bayi yang baru lahir dengan membawa hadiah yang mungkikut keperluan yang boleh digunakan.

No comments: