Tuesday, October 21, 2008

Anda hamil?



Setelah anda disahkan hamil, di mana ada yang membuat ujian kehamilan sendiri (terdapat pelbagai alat untuk mengesan kehamilan yang dijual di farmasi) dan kemudiannya membuat pemeriksaan dengan doctor untuk keputusan yang lebih meyakinkan. Kebiasaanya, doctor akan melakukan pemeriksaan air kencing dan juga tarikh hari pertama haid anda yang terakhir bermula. Saat itu, bermulalah detik baru bagi insan yang bakal bergelar ‘ibu’…

APAKAH LANGKAH SETERUSNYA?

Anda kini sedang mengharungi era perubahan yang tidak pernah dialami sebelum ini, anda harus bersemangat dengan kehidupan baru ini. Yang penting, rajinlah untuk menimba pengalaman baru dari orang-orang yang lebih berpengalaman, ibu-ibu kita, kawan-kawan dan tidak lupa buku-buku rujukan yg amat penting untuk anda wahai ibu mengandung.

Anda harus merancang hari kelahiran nanti bersama dengan pasangan agar lebih teratur dan tenang menyambut orang baru. Kesimpulannya inilah yang harus anda rancangkan:-

1. sentiasa merujuk kepada ibu, kawan-kawan, saudara mara, buku-buku rujukan seperti buku ustzh bahiyah, majalah-majalah seperti PAMA dan Mami & baby, rancangan-rancagan tv, serta artikal-artikal di dalam internet bagi memperolehi pengetahuan dan agar bakal ibu akan lebih bersedia.
2. sediakan nama bayi anda, seelok-eloknya satu nama untuk bayi perempuan dan satu nama untuk bayi lelaki. Banyak buku-buku yang memberi pilihan nama tetapi untuk keyakinan yang lebih bertanyalah kepada yang lebih mengetahui akan makna nama-nama yang mana nama merupakan doa kepada empunya. Jadi buatlah pilihan yang bijak.
3. tempat untuk bersalin nanti sama ada di hospital kerajaan atau swasta dan sama ada dikampung halaman atau di tempat tinggal sekarang
4. Kos yang perlu dibelanjakan. Anda boleh bertanyakan hospital terbabit atau kawan-kawan yang pernah mengalaminya.
5. tempat untuk berpantang sama ada di kampong halaman atau di rumah sendiri dan siapa yang akan menjaga anda dan bayi nanti.
6. anda perlu tahu tarikh jangkaan anda bersalin dan rancanglah cuti bagi bakal ibu yang bekerja.

No comments: